5 Tip Penjagaan Rambut Sebenar


  • RAMBUT boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.
  • Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.

5 Tip Penjagaan Rambut Sebenar
  1. Suhu Tinggi

Penggunaan air panas tidak digalakkan, suhu yang tinggi tidak sesuai untuk kulit rambut. Apabila air panas ini terkena kulit kepala, ia secara tidak langsung membuatkan rambut menjadi lebih kusut. Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut. 

   2. Basuh Dan Bilas

Jangan membasuh rambut dengan terlalu kerap, sebaik-baiknya pencucian sebanyak dua atau tiga kali seminggu adalah ideal. Bukan sekali seminggu. Pastikan rambut dibilas dengan sempurna dan semua sisa syampu dibersihkan. Ini juga boleh diaplikasi untuk rambut yang berwarna kerana minyak semula jadi yang dihasilkan rambut akan lenyap dengan bahan kimia daripada syampu yang digunakan hari-hari. Oleh itu., minyak yang berlebihan akan dihasilkan seterusnya membuatkan rambut lebih berminyak dan leper.

   3. Gaya Rambut dengan Tonik yang sesuai

Bukan sekadar wajah, rambut juga harus dilindungi daripada sinar UV matahari yang berlebihan. Penjagaan rambut yang baik termasuk  pengunaan produk pelindung haba, minyak, tonic penggunaan topi atau gunakan payung jika berada di kawasan yang cukup terik.

   4. Makanan seimbang dan senaman 

Kesihatan diri juga memainkan peranan yang sangat penting. Setiap pengambilan makanan seimbang menyumbang kepada faktor kesihatan rambut. Amalan diet yang salah, mampu memberi kesan kepada pertumbuhan rambut. Protein dan zat besi sangat penting untuk rambut yang sihat. Utamakan pemakanan tumbuh tumbuhan seperti moringa, ginseng, lidah buaya dan macademia. Senaman 30 minit sehari memadai supaya perjalanan darah lebih lancar.

   5. Urut kulit kepala

Sikat rambut dengan cara yang betul. Jangan meyikat secara kasar kerana ia hanya akan merosakkan kulit rambut. Sikat rambut bermula daripada bawah dan ke atas. Ini kerana, jika disikat daripada akar, ia boleh menyebabkan kerosakan dan rambut juga mudah putus. Apatah lagi jika disikat apabila rambut masih basah. Pastikan sikat sentiasa bersih. Keringkan rambut sebelum menyikat! Paling penting, Urut kulit kepala selama 5 minit setiap kali rambut dibasuh dan gunakan minyak yang bersesuaian yang tidak meninggalkan kesan minyak.


Sumber: www.myhealth.gov.myth

Comments